SEPANG: Impian menjadi kenyataan buat pemain pertahanan muda Selangor FC Harith Haiqal Adam Afkar, selepas disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Oman pada aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat, minggu depan.
Ia menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu, berpeluang meraih debut antarabangsa di peringkat senior, jika beliau diturunkan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon pada pertembungan yang dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos pada 22 Mac ini (2 pagi waktu Malaysia).
Kehadiran tonggak benteng pertahanan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan itu dalam skuad kali ini, berkemungkinan dipengaruhi dengan ketiadaan Junior Eldstal yang merupakan antara dua pemain selain ketua pasukan Matthew Davies, yang terpaksa digugurkan saat akhir akibat kecederaan.
Namun, produk Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) itu yang tidak menyangka disenaraikan Pan Gon, berasa pemilihannya itu bukan hanya bersandarkan nasib.
"Saya rasa di mana-mana kita sebagai manusia perlukan faktor nasib, tetapi bukan sekadar nasib saya rasa ia (pemilihan) juga disebabkan rezeki. Saya sudah berusaha dan bermain untuk Selangor selama lima tahun dan ini kali pertama saya berada dalam senarai akhir. Saya sangat bersyukur dan bangga.
"Mungkin kalau Junior datang saya tiada (dalam pasukan) dan mungkin jika Junior ada saya pun ada sekali, saya tak tahu, tapi fokus saya ketika ini tertumpu untuk perlawanan dengan Oman," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, semalam.
Skuad Harimau Malaya yang diperkuat seramai 24 pemain berlepas ke Muscat awal pagi semalam.
Sementara itu, Harith Haiqal percaya pengalaman bersama pasukan senior akan membantunya dan beberapa pemain skuad B-23 lain yang turut disenaraikan ke Muscat, bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23 2024 di Doha, Qatar bermula April depan.
"Saya akan beri yang terbaik...tak kisah sama ada bersama skuad B-23 ataupun pasukan kebangsaan, saya akan sentiasa beri apa yang saya ada," kata pemain berasal dari Klang itu sambil menyatakan barisan pemain senior banyak membantu pemain muda untuk menyesuaikan diri bersama pasukan.
Selepas menentang Oman di Muscat, Malaysia yang berada di ranking dunia ke-132 sekali lagi akan bertemu pasukan nombor 80 dunia itu, di Stadium Nasional di Bukit Jalil 26 Mac ini.
Kemudian, pasukan negara akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Malaysia kini menerajui saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, diikuti Oman kedua yang berkongsi tiga mata bersama Kyrgyzstan di tempat ketiga, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
Harith Haiqal ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di Sepang, semalam. - Foto Facebook FAM
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Waspada guna AI untuk jenayah - Pakar
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja boleh memudahkan tugasan harian.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Suspek ahli Jemaah Islamiyah, serangan telah dirancang - KPN
Suspek yang berusia 34 tahun itu sememangnya membuat persediaan untuk melakukan serangan yang mengorbankan dua anggota polis itu.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
[TERKINI] Serangan balai polis: Tidak logik buat laporan 2 pagi - IGP
Sebelum kejadian tembak-menembak di Balai Polis Ulu Tiram berlaku.
Anggota balai pada jam 2:30 pagi dipercayai sedang menerima aduan di kaunter oleh dua suspek lelaki dan perempuan berumur 21 dan 22 tahun, atas sebuah kes dua tahun lepas.
Anggota balai pada jam 2:30 pagi dipercayai sedang menerima aduan di kaunter oleh dua suspek lelaki dan perempuan berumur 21 dan 22 tahun, atas sebuah kes dua tahun lepas.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
[TERKINI] Serangan balai polis: Polis sahkan suspek ahli Jemaah Islamiyah
Polis sahkan suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Representasi Sanusi batal dua tuduhan menghasut ditolak
Datuk Masri Mohd Daud berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada pihak pembelaan yang mewakili Sanusi, sebelum ini.
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN tinjau lokasi, akan beri kenyataan insiden
Tan Sri Razarudin Husain hari ini meninjau Balai Polis Ulu Tiram yang terlibat dalam kejadian serangan awal pagi tadi.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.